23 March 2012

Adobe Photoshop CS6 Beta

Friday, March 23, 2012 | 0Comments |
Selamat malam semua :)

Tentang Adobe Photoshop CS6 Beta ni masih baru lagi.
Orang kata CS6 Beta ni lebih laju dan bagus berbanding yang lain.

Klik image untuk lebih jelas

Inilah rupa bentuk CS6 Beta yang baru. Kacak nak ? erk ~
Dalam CS6 Beta ni, dia ada " a new content-aware patch, blur gallery, type styles, custom strokes to shapes, layer searching, video editing tools, a new crop tool, auto-select interpolation, and improved camera RAW support."

Sebelum itu, cuba tengok video kat bawah ni.
Konfirm korang suka dengan benda yang best dlm CS6 Beta ni.



Banyak jer benda baru dalam tu. Rasa nak download, tapi internet 
cam siput jer..
Kalau nak download.. ------>>>>> KLIK SINI <<<<<-------

15 March 2012

Puisi Haiku bukan Hatiku

Thursday, March 15, 2012 | 0Comments |
Hello Readers ! Huh! Baru selesai lukis doodle tu jer... badan takda :) (taktau nak lukis badan)

Sekarang ni masih petang ... petang malam sama jer,kan-3? hehe..
Saya nak buat Puisi Haiku ... Bukan Puisi Hatiku.. okay ! Puisi Haiku ni dibuat oleh Umino Haiko yang telah ditranslate ke Bahasa Malaysia :) - dipetik dari buku komik Caramel Theater.




Siulan angin pada bandul perak,
Berkias-kias rentak gemeresik;
Dia bersahaja tersengih pada si gadis,
Tak endah cuma,
Cuma disiul berkias-kias.

Bandul Perak...

Siulan angin pada bandul perak,
Siap lirikan hijau rumput di bendang sawah;
Si gadis terdetik rohani seketika,
Oleh si dia bersahaja mengetuk rentak kasih;
Tanpa menghirau picisan angin berselingan
Dengan bendang terlirik...

Siulan angin pada bandul perak;
Kerana naif tersilap rentak,
Hampir dihiris bilah angin
rohani si gadis,
Liar berlari tanpa kasih,
Tidak boleh lagi si dia bersahaja
berkias-kias dengan bandul perak;
Dikerah paksa sedar hati,
mengejar siulan angin...

Siulan angin pada bandul perak,
Gunung yang dipandang ditoleh tak endah;
Kerana dia pasti rentaknya jujur pada hati si gadis;
Tapi kala bandul perak berdetik semula,
Kiasan si dia terhenti begitu sahaja;
Meninggalkan rentak si gadis,
Sumbang ditiup siulan angin...

Itu jer :) Bye-2 .. tatatatitititutututu.. ~

10 March 2012

Tutorial Cara Hanya Memaparkan Tajuk Posting Sahaja Pada Halaman Depan Blog

Saturday, March 10, 2012 | 0Comments |
Selamat petang !


Petang ni saya ingat nak buat satu tutorial khas untuk semua :) Almaklumlah cuti panjang... :P
Ikut tutorial kat bawah ni.


Kat bawah ni hanya contoh :)


4 March 2012

Jangan bersedih hanya kerana seorang insan....

Sunday, March 04, 2012 | 0Comments |


Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda
berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar “Hai”
daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Bumble Bee Tuna

Started since 23/24 Jul 2011