Ujian. Satu perkara yang memang tidak disukai,baik perkataan itu mahupun praktikalnya sendiri. Sama ada ujian peperiksaan di sekolah dan universiti ataupun ujian dalam kehidupan. Jika ditanya, "Siapa yang mahu diuji?". Rasa-rasanya adakah yang menjawab ya??. Ana fikir tiada kerana sememangnya naluri kita sebagai seorang manusia itu inginkan segalanya berjalan dengan baik tanpa ada sebarang ujian atau cabaran yang
perlu dihadapinya. Sebenarnya topik ujian ini ana pilih berdasarkan permintaan salah seorang sahabiah ana yang ingin ana mengupas daripada perspektif ana yang pastinya terselit walau secebis akan kekurangan ini mengenai apa yang dikatakan dengan ujian. Oleh itu, insyaAllah ana akan cuba memberi pandangan berdasarkan apa yang ana tahu berkaitan dengan ujian pada post kali ini. Ana amat alu-alukan jika ada di antara antum semua yang ingin membuat apa-apa tambahan atau apa sahaja untuk dilontarkan di ruangan komentar. InsyaAllah diskusi-diskusi ilmiah boleh diwujudkan demi manfaat bersama...:)
perlu dihadapinya. Sebenarnya topik ujian ini ana pilih berdasarkan permintaan salah seorang sahabiah ana yang ingin ana mengupas daripada perspektif ana yang pastinya terselit walau secebis akan kekurangan ini mengenai apa yang dikatakan dengan ujian. Oleh itu, insyaAllah ana akan cuba memberi pandangan berdasarkan apa yang ana tahu berkaitan dengan ujian pada post kali ini. Ana amat alu-alukan jika ada di antara antum semua yang ingin membuat apa-apa tambahan atau apa sahaja untuk dilontarkan di ruangan komentar. InsyaAllah diskusi-diskusi ilmiah boleh diwujudkan demi manfaat bersama...:)
Pertama sekali yang boleh kita lihat, setiap manusia yang lahir ke dunia ini tidak akan terlepas daripada menghadapi ujian seperti yang disebut di dalam surat cinta-Nya pada surah Al-Mulk ayat 2 bahawa setiap manusia itu dijadikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah untuk diuji siapakah yang paling baik amalannya. Setiap ujian yang dihadapi itu juga semestinya berbeza tahapnya antara seorang dengan seorang yang lain berdasarkan tahap keyakinannya kepada Allah Ta'ala. Semakin bertambah yakinnya kepada tauhid yang satu itu, maka semakin hebatlah tahap ujian yang diberikan kepadanya. Namun begitu, Allah tidak pernah mentaqdirkan sesuatu ujian ke atas hamba-Nya itu melebihi kemampuan hamba-Nya kerana berdasarkan firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 286 bahawa Allah tidak akan membebani hamba-Nya kecuali dengan apa yang mampu dihadapinya.
Ujian yang dihadapi oleh manusia yakni kita semua ini datang dalam pelbagai bentuk. Untuk mudah dilihat dan dianalisis, kita bahagikan ujian-ujian ini kepada dua bahagian besar iaitu ujian berbentuk ni'mat dan ujian berbentuk musibah. Biasanya kita hanya melihat musibah itu sahaja sebagai ujian namun hakikatnya ni'mat atau keseronokan yang kita lalui itu juga sebenarnya adalah satu ujian buat kita. Jika ujian itu berbentuk musibah, mungkin pada ketika itu Allah nak uji sejauh mana rasa sabar dalam hati kita terhadap musibah itu. Jika ujian itu berbentuk ni'mat pula, mungkin pada ketika itu Allah nak uji sejauh mana rasa syukur dalam hati kita terhadap ni'mat yang telah dikurniakan kepada kita itu. Oleh itu, cara yang kita gunakan atau keadaan kita dalam menghadapi setiap ujian itu adalah bergantung kepada diri kita sendiri sebenarnya terutamanya apabila datangnya sesuatu musibah. Adakah dengan datangnya sesuatu musibah kepada kita lalu kita akan cepat melatah lalu menyalahkan taqdir dan sebagainya. Ataupun kita akan mengungkapkan pelbagai ungkapan penyesalan, rungutan dan sebagainya. Namun begitu, kita sebagai muslim, pilihlah untuk hadapi segala ujian tersebut dengan penuh ketenangan. Katakanlah "Cukuplah Allah bagiku atas segala urusanku". InsyaAllah dengan pergantungan kita dengan Allah yang tidak pernah putus itu, kita akan dikeluarkan oleh Allah daripada masalah itu dengan jalan-jalan yang kadangkala kita sendiri tidak akan menduganya.
Ingin ana berkongsi sedikit akan pengalaman ana minggu ini. Alhamdulillah minggu ini Allah ada beri ana mehnah-Nya melalui satu ujian yang ana tempuhi minggu ini. Jujurnya ana katakan terdetik juga dialog-dialog kepada Allah yang ana rasa nak cakap sahaja dengan terus terang. Jika ikutkan rasa hati yang sedang sedih dan dukacita itu, ingin sahaja ana katakan pada-Nya, "Apa dosa aku sampai Kau uji aku seberat ini?" . Sememangnya ujian-ujian yang kita lalui itu adakalanya sebagai satu kaffarah kepada dosa-dosa kita. Namun begitu, pada masa itu ana muhasabah diri ana kembali bahawa jika ana zahirkan perasaan ana yang sedih dan dukacita itu sebegitu rupa, ana sudah seolah-olah tidak reda dengan ujian yang Allah berikan itu. Akhirnya ana hanya doa pada Allah agar Allah wujudkan satu peristiwa lain selepas ujian ini yang akan menggembirakan hati ana sebab jujurnya ujian yang Allah beri ini membuatkan ana menjadi agak murung dalam beberapa hari. Alhamdulillah setelah beberapa hari, doa ana dimakbulkan Allah. Saat ana menghadapi peristiwa yang mengubat duka ana itu, perasaan ana pada masa itu seperti ingin sujud syukur di hadapan orang pada masa itu kerana terlalu seronok rasanya. Alhamdulillah Allah masih sayang pada aku. Alhamdulillah Allah masih nak dengar doa aku yang banyak dosa ni.
Oleh itu, apa yang cuba ana nak sampaikan melalui ibrah yang ana kongsikan dengan antum semua sebentar tadi adalah dalam setiap perkara atau keadaan yang kita lalui dalam kehidupan ini sama ada senang atau sukar, janganlah putuskan pergantungan kita kepada Allah. Walau apapun yang kita lalui sama ada pada waktu-waktu senang atau waktu-waktu sukar, serahkanlah segala urusan kepada-Nya dan insyaAllah kita akan dapat melalui segalanya dengan hati yang tenang dan damai. Moga perkongsian kali ini bermanfat buat semua. Wallahu a'lam...
No comments:
Post a Comment
Everyday in every way, think what you need and tell what you think ...