Hello Readers ! Huh! Baru selesai lukis doodle tu jer... badan takda :) (taktau nak lukis badan)
Sekarang ni masih petang ... petang malam sama jer,kan-3? hehe..
Saya nak buat Puisi Haiku ... Bukan Puisi Hatiku.. okay ! Puisi Haiku ni dibuat oleh Umino Haiko yang telah ditranslate ke Bahasa Malaysia :) - dipetik dari buku komik Caramel Theater.
Siulan angin pada bandul perak,
Berkias-kias rentak gemeresik;
Dia bersahaja tersengih pada si gadis,
Tak endah cuma,
Cuma disiul berkias-kias.
Bandul Perak...
Siulan angin pada bandul perak,
Siap lirikan hijau rumput di bendang sawah;
Si gadis terdetik rohani seketika,
Oleh si dia bersahaja mengetuk rentak kasih;
Tanpa menghirau picisan angin berselingan
Dengan bendang terlirik...
Siulan angin pada bandul perak;
Kerana naif tersilap rentak,
Hampir dihiris bilah angin
rohani si gadis,
Liar berlari tanpa kasih,
Tidak boleh lagi si dia bersahaja
berkias-kias dengan bandul perak;
Dikerah paksa sedar hati,
mengejar siulan angin...
Siulan angin pada bandul perak,
Gunung yang dipandang ditoleh tak endah;
Kerana dia pasti rentaknya jujur pada hati si gadis;
Tapi kala bandul perak berdetik semula,
Kiasan si dia terhenti begitu sahaja;
Meninggalkan rentak si gadis,
Sumbang ditiup siulan angin...
Itu jer :) Bye-2 .. tatatatitititutututu.. ~