29 April 2012

Gaya Tidur...ada rupa & ada makna..

Sunday, April 29, 2012 | |
ZZZZZZ...Pasti ini aktiviti yang paling kamu suka ! Tahukah kamu , karakter diri seseorang itu boleh dibongkar menerusi gaya tidur,Hah, tak pernah ambil kisah gaya kamu tidur ? Malam ni, cuba rasa sendiri bagaimana cara kamu tidur dan ayuh periksa maknanya. ^_^


Jangan pulak tidur macam tu yer . hehehe .

1. Tidur dengan kedua-dua tangan di belakang kepala
Kamu adalah indidividu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar . Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik mungkin ! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu yg agak pemilih. Dari segi percintaan,kamu cukup berterus-terang . Apa sahaja yang tak puas hati,kamu akan luahkan dan tidak simpan dalam hati.Kamu sedikit cemburu dan lekas berprasangka dalam perhubungan . Cepat ubah sikap ya..

2. Selubung seluruh badan dengan selimut
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu iru,kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah,kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orng lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu. Kamu juga seorang yang perahsia dan tidak suka berbicara.Kamu seolah-olah berada di dalam dunia kamu sahaja. Dari segi percintaan,walaupun kamu seolah-olah tidak tahu apa,kamu sebenarnya seorang yang berjiwa lembut dan romantik. Memang silap la siapa yang tuduh kamu kamu tak pandai bercinta kerana kamu seorang pencinta yang setia.

3. Tidur dengan kedua - dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang.
Sesiapa yang tidur begini dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar menerima perbahan dalam diri.Kamu lebih gemar bersendiri,walau bagaimanapun sikap toleransi yang ada dalam diri kamu memang dipuji.Jangan terlalu mengikut kata hati dan ambil nasihat orang lain.Kamu seorang yg tegas dalam semua perkara.Kamu tidak takut untuk berhadapan dengan cabaran kerana matlamat hidup kamu jelas. Dalam percintaan,kamu seorang yang pendendam. Jika seorang itu membuatkan kamu terluka,kamu tidak akan duduk diam dan pastikan si dia mendapat balasan.

4. Tidur membongkok
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering memghantui diri kamu.Kamu terlalu  merendah diri dan sering kurang keyakinan.Cuba yakinkan diri bahawa sebenarnya kamu mampu untuk melakukan perubahan . Sentiasalah ringankan mulut untuk bertanya jika ada perkara yang kamu tidak tahu. Sifat permalu itu juga perlu dikurangkan. Sifat sense of humor kamu boleh dipuji cuma kurang berkomunikasi dengan orang,membuatkan kamu dicop sebagai sombong.Sikap sabar yang ada dalam diri kamu perlu dikekalkan. Dari segi percintaan,kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu. Terima cinta pasangan kamu dan balaslah.

5.Tidur membongkok dan mengiring
Kamu seorang yang pentingkan diri sendiri dan cemburu. Pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti kamu. Individu yang berada di sekeliling kamu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri kamu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan. Kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri.Kamu akan melihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan.Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala,dikatakan memiliki masa depan yg cerah. Dari segi percintaan,kamu seorang manis dibibirnya.Kamu pandai berkata-kata dan suka meluahkan perasaan cinta pada pasangan.

6. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan di kepala 
Berbeza dari orang yang tidur dengan cara tidur mengiring dan meringkuk tdi. Kamu adalah individu yang berani,bersopan santun,lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun,tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru,kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa berlajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikan semua ini,kegembiraan akan menjadi milik kamu yang abadi. Jangan bersikap terlalu boros dalam berbelanja dan berlajarlah untuk mengawal nafsu. Dalam diam-diam,kamu juga seorang yang mencari perhatian. Dari sudut percintaan,kamu kurang sabar. Kamu tidak boleh berhadapan dengan situasi genting kerana kamu cepat naik darah. Namun,kamu tidak lokek untuk memberikan hadiah kepada orang yang tersayang. Sesuailah dengan sikap boros kamu itu.

7. Tidur terlentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
Cara tidur sebegini memperlihatkan identiti diri kamu yang sebenar.Kamu cintakan kebebasan,keselesaan dan kecantikan.Selain daripada mempunyai cita rasa yang tinggimkamu tidak gemar untuk mengikut arahan orang. Kamu boleh berdikari sendiri dan paling pantang untuk bergantung pada orang lain.Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya, Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu. Kamu seorang yang bekerja keras dan akan memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap kerja. Padanlah dalam hal percintaan,si dia banyak makan hati dengan kamu. Jangan pentingkan diri sendiri ya. Luangkan lah sedikit masa untuk yang tersayang.Kamu juga perlulah lebih menghargai dan bersikap romantik dengan pasangan.

8. Tidur meniarap
Sekiranya kamu tidur dengan cara meniarap sepanjang malam,kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa orang lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur ! Pandai-pandailah uruskanmasa dan hidup kamu dengan baik supaya tidak menyusahkan banyak pihak.Namun,kamu manja dan sangat murah hati.Kamu terkenal di dalam kalangan kawan-kawan kerana kamu tidak lokek untuk memberikan pertolongan.Kawan adalah sangat penting bagi kamu. Jangan sesekali menipu kerana kamu pantang dengan manusia penipu. Bagi perihal percintaan,kamu sering pelupa dalam segala hal. Kamu juga kadang kala bersikap pasif dalam hubungan. Hubungan yg hampir boleh menyebabkan kebosanan melanda dan akhirnya? Haa.. jagalah hubungan kamu dengan baik ya !

sumber dari majalah remaja bulan Dis 2011. 

Bumble Bee Tuna

Started since 23/24 Jul 2011