11 December 2012

3 Sebab kenapa ramai blogger KECEWA dan apa patut buat terhadapnya

Tuesday, December 11, 2012 | 4Comments |
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia buat para pembaca ,


Salah satu sebab saya buat entri ini ialah ... saya tak suka bila ada blog bagus tapi nak ditarik balik -offline- hanya kerana KECEWA hadir dalam diri . Jadi apakah punca kekecewaan blogger dan apa yang anda boleh lakukan terhadapnya ?



  • Pelawat Terlalu Sedikit 


Saya tahu bagaimana rasanya apabila korang masuk ke Overview selepas korang share entri di mana - mana laman sosial dan ... kiraan pengunjung anda adalah lebih rendah dari yang biasa . Ramai blogger yang hebat meletakkan banyak kerja / entri ke blog mereka dan berasa kecewa bila kerja / entri mereka tidak memuaskan hati diri sendiri bila kurang kunjungan .

My tip : Don't Give Up ! Saya tahu bagaimana rasanya apabila korang buat banyak entri atau kerja tapi mendapat pulangan yang sedikit berbanding kerja kita . Saya telah belajar dan belajar dari semasa ke semasa . Di sini, mungkin ada banyak faktor kenapa kunjungan kita tidak memuaskan . Cuba korang cari rujukan di internet atau terjah ke blog yang otai - otai seperti Ben Ashaari atau Lyssa dan lain - lain . Sila jadikan mereka ini sebagai inspirasi / idola korang untuk berblog . ^_^ . Buatlah tajuk MELETOP , Entri Meletop , Kunjungan pun MELETOPSSS ! Betul tak ?



  • Penggomen terlalu sedikit


Komen adalah sangat penting untuk blogger kerana ' positive comment ' boleh memberi Inspirasi kepada mereka untuk terus berkarya / berblog . Tak kisah kalau sebuah entri ada satu komen , its normal ! Kalau zero komen di salah satu entri , itu bermakna entri korang tak kena pada selera . Maklum balas yang positif dan Negatif mebantu kita untuk memperbaiki dari segi tulisan dan blog kita . Itulah sebabnya ada sesetengah blogger kecewa kerana menerima sedikit sahaja komen di blog . Kesian . Bagaimana nak berurusan dengan hal begini ? Meh baca bawah ni .

My tip : Jangan mengambil komen terlalu penting sebagai langkah kejayaan blog anda . Terutamanya jika anda membuat entri seperti tips , nasihat , pengetahuan atau blog berorientasikan tutorial kerana mereka mungkin sibuk mengikuti langkah - langkah tutorial / tips anda atau melaksanakan pengetahuan anda , bukannya tinggal di blog korang untuk meninggalkan komen ( hal macam ini tak wajib pun sebenarnya ) . Ia adalah lebih baik apabila korang melihat bilangan pengunjung tetiba Meleptoppss ! atau kembali semula sebagai langkah kejayaan blog korang . 



  • Bosan / Penat untuk menaip Entri 


Kadang - kadang ia agak sukar untuk bersaing dengan jadual biasa anda selalu post entri - samaada anda berasa ' overworked ' , anda tidak berasa seperti anda mempunyai apa - apa kepentingan yang ingin dikongsikan bersama pembaca atau anda mempunyai perkara yang lebih penting untuk dilakukan . Jangan risau, anda tidak perlu meninggalkan ' pembaca biasa ' - yang sering berkunjung ke blog korang - keseorangan bila masa ini datang melanda diri korang .

My tip : Apabila anda berasa produktif , tulis lah entri yang berkualiti tinggi sebanyak mana yang anda inginkan tapi jangan publis kan semua nya . Simpan sesetengah entri anda di draft sebagai ' stock ' bila mood korang drop down apabila banyak perkara yang harus diselesaikan . Dengan cara ini , anda masih ada kandungan / entri yang boleh dipubliskan walau buzy tahap tornado sekalipun . Jamin berkesan 100% . haha .

Ermm .. korang ada extra pandangan tak tentang ketiga - tiga alsan di atas ? Jika ada , mari kongsi bersama di bahagian komen :)

4 comments:

  1. hurm betul... kalau nak enjoy berblogging labih baik just pk for fun untuk kepuasan diri... yang lain tu just bonus untuk kita jadi lagi happy...ok? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah .. betul tu . Abaikan apa yang diorg kata , hak berblog hak kita !

      Delete
  2. nice info,, belogisam disini #189

    ReplyDelete
  3. hak berblog hak kamiiiiiii. hihi.

    ReplyDelete

Everyday in every way, think what you need and tell what you think ...

Bumble Bee Tuna

Started since 23/24 Jul 2011