6 April 2012

Belajar Rajin - Rajin !

Friday, April 06, 2012 | 0Comments |

" Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu "




Kejayaan akan datang jika kita berusaha lebih ! Biar sampai larut malam kita belajar asal diri penuh dengan ilmu pengetahuan (jangan sampai abaikan sembahyang pulak!). Seseorang yang sentiasa lulus tak semestinya kekal tanpa 'USAHA SEPAHIT HEMPEDU'.

Ujian semester 1 haritu, saya gagal dan tak layak dalam kelas sebab kurang belajar. Cikgu pun ada umumkan yang ujian Bahasa Malaysia semester 1 semua menurun. Wuuhuu !

Punca-puncanya ialah tidak memberi perhatian ketika cikgu belajar,bercakap ketika cikgu menerangkan sesuatu, and morelah benda yang negatif -.

Saya lebih lemah dalam subjek BI. Menulis esei pun saya tak reti nak buat. English saya lintang-pukang sikit.
Apatah lagi ber-speaking dalam English. Susah ! Cikgu pun paksa anak-anak muridnya baca lebih buku English. Perkataan ini yang saya sering dengar dari sekolah rendah lagi "Bawa kamus English jika tidak faham."

Bawa kamus setebal manapun, cikgu tak kisah, walau bag berat dengan buku form 1 yg tebal-tebal, cikgu tetap tak kisah. Yerlah kan, biar diri kita penuh dengan ilmu. Bawa kamus pergi sekolah sering saya lakukan ketika tahun 6. Bawa kamus English dan kamus Malay. Bawa lagi buku rujukan. Buku teks pulak tinggal kat rumah. Itu ialah 'study group' dalam kelas.

Study group ni banyak juga hasilnya, kita mendapat ilmu yang lebih, kita juga boleh berkongsi pandangan. Study group kat luar kawasan sekolah pun okay juga,kan ? Dapatlah ilmu free tanpa sesen pun !. Cikgu yang mengajar kita sanggup hadir ke kelas tambahan tanpa minta bayaran. Besar pergorbanan seorang guru. Tapi lebih besar pengorbanan seorang ibu yang melahirkan kita.

Kata seorang cikgu waktu saya tahun 6 dulu :

Study smart & hard
Nothing imposibble in this world
I believe that you can'do it sucessfully
in your life.

Kata-kata itu yang ditujukan oleh cikgu kepada saya sebelum keputusan UPSR keluar.

Kunci untuk kejayaan adalah BELAJAR RAJIN-RAJIN!

p/s : Belajarlah rajin-rajin supaya menjadi orang yang berjaya kelak. Cikgu anda pasti gembira melihat anda telah berjaya. Begitu juga dengan ibubapa anda. Jangan hampakan mereka. Beri mereka sebuah kejayaan yang anda perolehi ! Ingat , masa depan terletak ditangan anda !

Bumble Bee Tuna

Started since 23/24 Jul 2011